Alamat

Lot 37152 Off Lintasan Desa Jaya,
Taman Kinta Jaya,
31250 Tg. Rambutan,
Perak

Tel:     05-5334705 / 013-5301399
Faks:   05-5335385
Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 

14 Oktober 2019, Ipoh: Alhamdulillah.. Sekalung tahniah buat anak solehah Qistina Ilyana binti Saiful Azmi. Beliau yang mendapat keputusan 6A pada UPSR 2018, telah dipilih menerima Anugerah Murid Terbaik UPSR Perak bagi sekolah agama sepenuh masa.

14 Oktober 2019, Ipoh: The launching ceremony of English Month by our beloved headmaster, Mu'allim Haji Zainul Kamal.

English is fun!

IPOH, 21 April 2019:  Hari ini telah telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG yang ke 19. Pada mesyuarat kali ini telah diadakan pemilihan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2019-2021. Pada majlis yang sama telah diadakan penyampaian cenderamata khas kepada pelajar-pelajar cemerlang UPKK 2018 yang berjaya mendapat 8A.

30 Oktober 2018 - SRATI telah membuat satu program rehlah ke Sungai Klah Hot Sprint, Sungkai. Program ini telah disertai oleh murid-murid Tahun 6 bersama Mu'allim dan beberapa orang guru pengiring.

20 Oktober 2018 - Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Nasyid SRATI telah mengadakan lawatan ke Zoo Taiping, Muzium Perak dan Spritzer Ecopark. Seramai 37 orang murid bersama tujuh orang guru pengiring menyertai lawatan sambil belajar ini.

Pada minggu yang lepas, murid-murid yang terlibat dengan kokurikulum melakukan aktiviti mencipta logo Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Persatuan Puteri Islam. Ahli -ahli persatuan telah diberi kumpulan dan dikehendaki mencipta logo. 

Makluman:

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PASJK akan dilaksanakan pada sepanjang tahun, khusus kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Kehadiran pelawar adalah WAJIB. Keputusan prestasi akan dipersembahkan dalam bentuk PRESTASI TAHUN SEMASA dan HIMPUNAN PRESTASI sepanjang tahun pengajian. Aktiviti akan dijalankan pada setiap hari Rabu jam 3:30 petang hingga 5:30 petang.


 

PROGRAM KECEMERLANGAN UPKK 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa SRATI akan mengadakan Program Kecemerlangan UPKK 2017 seperti berikut:

Tarikh: Bermula 1 Februari 2017
Masa: 3:30 ptg - 5:30 ptg
Hari: Isnin - Khamis
Tempat: SRATI
Bayaran: RM 20.00 sebulan

Kehadiran adalah WAJIB

 

 

 

 

Sumbangan Ikhlas
Banner Talian PIBG