Alamat

Lot 37152 Off Lintasan Desa Jaya,
Taman Kinta Jaya,
31250 Tg. Rambutan,
Perak

Tel:     05-5334705 / 013-5301399
Faks:   05-5335385
Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 

Pada bulan Mac yang lalu, telah berlangsungnya satu aktiviti di SRATI iaitu English Camp 5.0. English Camp ini telah berlangsung dengan jayanya kerana dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang berpengalaman. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar. Ia juga dapat membantu pelajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar.

7 Julai 2018 - SRATI telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan sambutan aidilfitri. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran para guru, para pelajar, dan ibu bapa pelajar-pelajar SRATI. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada guru besar SRATI. Seterusnya, para hadirin dijemput menjamu juadah yang telah disediakan.

 

SRATI telah mengadakan Majlis Iftar sempena bulan Ramadhan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh guru-guru, pelajar-pelajar, dan ibu bapa para pelajar SRATI bagi memeriakan majlis ini. Para guru SRATI dan ibu bapa telah berganding bahu untuk menyediakan juadah-juadah berbuka puasa untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir.  

 

16 Mei 2018 : Alhamdulillah. Program sambutan hari guru pada tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah. Tema bagi sambutan hari guru tahun ini ialah 'Kembar'. Tema ini adalah hasil sumbangan idea daripada guru-guru SRATI.

SRATI telah menganjurkan Program Memadam Kebakaran bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Ipoh. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang keselamatan dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang berminat menjadi pegawai bomba dan penyelamat suatu hari nanti. Pelajar-pelajar diberi peluang menaiki dan

SRATI adalah antara empat buah sekolah yang terpilih di Negeri Perak bagi melaksanakan Program Score A khusus bagi pelajar-peajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun2018. Program Score A ini telah ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak.

Makluman:

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PASJK akan dilaksanakan pada sepanjang tahun, khusus kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Kehadiran pelawar adalah WAJIB. Keputusan prestasi akan dipersembahkan dalam bentuk PRESTASI TAHUN SEMASA dan HIMPUNAN PRESTASI sepanjang tahun pengajian. Aktiviti akan dijalankan pada setiap hari Rabu jam 3:30 petang hingga 5:30 petang.


 

PROGRAM KECEMERLANGAN UPKK 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa SRATI akan mengadakan Program Kecemerlangan UPKK 2017 seperti berikut:

Tarikh: Bermula 1 Februari 2017
Masa: 3:30 ptg - 5:30 ptg
Hari: Isnin - Khamis
Tempat: SRATI
Bayaran: RM 20.00 sebulan

Kehadiran adalah WAJIB

 

 

 

 

Banner Talian PIBG
Program Korban SRATI 2020