Sumbangan Ikhlas

Sumbangan Ikhlas

Alamat

Lot 37152 Off Lintasan Desa Jaya,
Taman Kinta Jaya,
31250 Tg. Rambutan,
Perak

Tel:     05-5334705 / 013-5301399
Faks:   05-5335385
Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 

Assalamualaikum WBT,

Sekolah ini terletak di Taman Kinta Jaya, Tanjung Rambutan. Sekolah ini bermula di Kg. Tengku Husin, Manjoi, Ipoh pada tahun 1992 dan menumpang di Surau Tengku Husin. Kini sekolah ini telah beroperasi di kawasan seluas 11 hektar mulai tahun 2000. Pelajar-pelajarnya telah meningkat kepada 400 orang dan diuruskan oleh 26 tenaga pengajar, sebahagiannya lulusan Diploma dan Siswazah.

Sekolah ini melaksanakan kurikulum akademik kebangsaan dan kurikulum agama yang disediakan oleh JAIPK. Alhamdulillah, sehingga kini pencapaian peperiksaan UPKK sekolah ini adalah yang terbaik di Daerah Kinta pada tahun 2012 dan 2013. Di mana pencapaiannya pada tahun 2012, 20 orang (40%) dan pada tahun lalu (2013), 22 pelajar (41%) telah mendapat 8A. Pada tahun 2014 seramai 25 dari 35 pelajar sekolah ini telah berjaya memasuki sekolah berasrama negeri (SM Izuddin, SMA Nazrin, SERATA), SABK, KAA dan Sekolah Asrama Tahfiz. Pencapaian akademik juga semakin meningkat.

In sya Allah, semoga Alllah terus memberkati usaha kita semua.

facebook_page_plugin

Makluman:

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PASJK akan dilaksanakan pada sepanjang tahun, khusus kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Kehadiran pelawar adalah WAJIB. Keputusan prestasi akan dipersembahkan dalam bentuk PRESTASI TAHUN SEMASA dan HIMPUNAN PRESTASI sepanjang tahun pengajian. Aktiviti akan dijalankan pada setiap hari Rabu jam 3:30 petang hingga 5:30 petang.


 

PROGRAM KECEMERLANGAN UPKK 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa SRATI akan mengadakan Program Kecemerlangan UPKK 2017 seperti berikut:

Tarikh: Bermula 1 Februari 2017
Masa: 3:30 ptg - 5:30 ptg
Hari: Isnin - Khamis
Tempat: SRATI
Bayaran: RM 20.00 sebulan

Kehadiran adalah WAJIB

 

 

 

 

Banner Talian PIBG

Countdown: